8 September 2017 - 12:04
Trump Perlu Beri Komen Berhubung Dakwaan A.S Pindahkan Pemimpin Daesh Dari Deir ez-Zour

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu mengarahkan siasatan ke atas dakwaan "yang hampir 100% benar" berhubung pemindahan para pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh oleh tentera Washington dari bandar Deir ez-Zour, Syria, kata seorang pakar Rusia yang turut merujuk kepada koridor pemindahan pengganas di Raqqa dan juga di Afghanistan semasa perang tahun 1979-1989 oleh negara polis dunia itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu mengarahkan siasatan ke atas dakwaan "yang hampir 100% benar" berhubung pemindahan para pemimpin kumpulan pengganas Takfiri Daesh oleh tentera Washington dari bandar Deir ez-Zour, Syria, kata seorang pakar Rusia yang turut merujuk kepada koridor pemindahan pengganas di Raqqa dan juga di Afghanistan semasa perang tahun 1979-1989 oleh negara polis dunia itu.

Terdahulu, seorang sumber ketenteraan dan diplomatik memberitahu Sputnik bahawa beberapa pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat telahpun memindahkan para pemimpin lapangan kumpulan pengganas Takfiri Daesh [ISIS] dari bandar timur laut Syria, Deir ez-Zour. Pasukan pakatan pimpinan A.S walaubagaimanapun telah menafikan keras dakwaan tersebut.

Igor Korotchenko, ketua pengarang majalah Natsionalnaya Oborona (Pertahanan Kebangsaan), memberitahu Sputnik bahawa dia percaya bahawa maklumat itu dapat dipercayai dan berkata bahawa "kita tidak memerlukan sebarang komen daripada CIA ataupun Pentagon" berhubung perkara itu.

"Presiden Trump sendiri yang perlu mengulas berkenaan isu ini dan beliau juga perlu menyatakan dengan jelas; sama ada operasi pemindahan para pemimpin lapangan Daesh ini diluluskan oleh dirinya sendiri yang mana jika itu adalah hakikatnya, beliau mesti memikul kesemua tanggungjawab politik di atas tindakan itu, ataupun (operasi ini telah dilancarkan oleh) pihak perisikan (A.S) yang telah bertindak sewenangnya tanpa persetujuan beliau," kata Korotchenko.

Korotchenko turut menyatakan bahawa jikalau maklumat ini berjaya disahkan, Trump harus memerintahkan Peguam Negara untuk melancarkan siasatan yang relevan dan membawa kesemua pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan kerana terlibat di dalam keganasan antarabangsa.

Komen Korotchenko itu kemudiannya dikuatkan oleh timbalan pengerusi pertama Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Dewan Tertinggi Rusia, Franz Klintsevich yang turut percaya bahawa operasi pemindahan para pemimpin Daesh oleh pasukan A.S benar-benar berlaku.

Terdahulu, di dalam sebuah temu bual dengan saluran TV Rusia Rossiya 24, beliau membentangkan sebuah teori bahawa operasi pemindahan pemimpin Daesh dari Deir ez-Zour mungkin menunjukkan bahawa A.S sedang berusaha untuk menyelamatkan ejen mereka.

Tentera Syria dengan sokongan udara daripada pihak Rusia pada hari Selasa lepas berjaya memecahkan pengepungan berusia tiga tahun kumpulan Daesh ke aats bandar Deir ez-Zour. Sebelum kejayaan itu, makanan dan bekalan lain hanya boleh dihantar ke bandar tersebut melalui jalann udara. Sementara itu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa helikopter yang terbang dari bandar Qamishli telah berjaya memindahkan mereka yang cedera serta membawa bekalan penting kepada penduduk bandar tersebut. -Sputnik

/315